- 1. Memastikan makanan yang disediakan ditukar setiap kali waktu makan. Buang sisa makanan walaupun banyak makanan yang tidak habis, dan ganti dengan makanan yang baru. Hal ini amat penting kerana makanan itu mungkin lemau, basi, dan mungkin dah dijangkiti kuman. Jadi, elakkan mencampurkan makanan yang baru dan lama dalam satu bekas, biarpun anda hendak berjimat.
- 2. Memastikan air minuman yang fresh diganti setiap selang 2 hingga 3 hari bagi mengelakkan air tidak berkeladak kerana dibiarkan terlalu lama tidak berganti. Penting untuk mengelakkan hamster anda cirit birit atau sakit perut.
- 3. Memastikan habuk kayu ditukar sebaik sahaja warnanya bertukar kepada warna gelap dan berbau hamis kencing mereka. Digalakkan menukar setiap hari, tetapi bagi yang sibuk, anda boleh menukarnya setiap 3 hari sekali. Habuk kayu yang kotor tidak berganti akan meningkatkan lagi risiko hamster anda untuk dijangkiti penyakit.
- 4. Memastikan hamster anda cukup tidur. Hamster adalah haiwan nocturnal iaitu haiwan yang berjaga sepanjang waktu malam, dan tidur pada waktu siang. Jadi, amat digalakkan tidak menggangu si comel anda ketika mereka sedang tidur bagi mengelakkn mereka stress dan boleh membawa kepada kematian.
- 5. Memastikan hamster anda tidak bergaduh. Wow, macam mana tu? Dalam sesebuah sangkar, akan ada hamster jantan yang ingin menjadi ketua, maka sekiranya anda telah berjaya mempunyai banyak hamster, maka amat tidak digalakkan mencampurkan hamster jantan yang masih kecil dalam satu sangkar yang mengandungi hamster jantan yang sudah besar. Pergaduhan akan berlaku dan sekiranya anda lambat mengasingkan mereka, kematian si kecil akan berlaku.
- 6. Memastikan hamster anda tidak mengigit soft plastic, kerana perut mereka tidak boleh menghadam plastic dan boleh membawa kematian.
- 7. Anda perlulah kerap bermain dan berbual dengan hamster anda terutama pada waktu berjaga mereka untuk merangsang emosi positif mereka. Jangan biarkan mereka berasa diabaikan dan boleh membawa kepada stress.
- 8. Oh, ya! Jangan sesekali terniat untuk mandikan hamster walaupun terdapat buih sabun untuk hamster, walaupun disuruh mandi dengan air yang suam. Mereka mandi dengan cara tersendirir. Menerusi pengalaman saya, hamster anda akan mengalami selsema berpanjangan jika tidak dirawat dan akan membawa kepada kematian.
- 9. Sesekali anda boleh membawa hamster anda berjalan luar dari sangkar anda untuk menghirup udara segar, seperti berjalan di atas lantai, padang rumput. Tetapi pastikan tidak ada semut, kucing atau sebarang bahaya di sekeliling anda. Tetapi ingat, hamster apabila dilepaskan, mereka akan berlari laju dan mungkin anda sukar untuk menangkapnya kembali.
Selain itu tuantuan dan puanpuan ,
Melahirkan anak
Antara tanda tanda hamster bakal melahirkan anak adalah perut yang membesar serta tahap keaktifannya yang meningkat. Ia juga akan kelihatan mundar mandir di dalam sangkar seolah olah mahu keluar. Setelah kelahiran anak (setiap kelahiran mungkin melibatkan satu, dua atau beberapa ekor anak), pisahkan hamster jantan (bapa) dan biarkan si ibu bersama sama anak anaknya sehingga selama 10 hari selepas kelahiran, sediakan air dan makanan berprotein tinggi (jangan lupa ganti) dan mereka sudah boleh berdikari tanpa bantuan daripada si ibu.